Majlis Bertandang Khairil Anwar & Siti Rohani

No Comments »

Tarikh: 27.12.2009

Lokasi: Bagan Datoh

Wedding January 6th 2010

Majlis Perkahwinan Siti Rohani & Khairil Anwar

No Comments »

Jobs yg aku dpt kali ini adalah daripada D’Martoza Photography .

Lokasi: Felda Behrang, Perak.

Wedding January 6th 2010

Baby Photo | Zara Amanda

No Comments »

Babies and Kids January 6th 2010

The Wedding of Linda & Mazlan | 1 Muharram 1431H

17 Comments »

CHERAS - ‘Wedding’ kali merupakan hari yang paling bertuah buat aku dan terutama sekali kepada pengantin. Sebab apa eh? Sebab pasangan pengantin ini dapat dua Official Photographer (OP). Aku, Yon Photography dan Kuku Besi. Bagi mereka yang tidak mengenali lagi Kuku Besi, dia adalah jurugambar dan pereka grafik berpengalaman selama hampir 13 tahun. Gambar2 hasil beliau adalah  ‘Photografik’. Nak tgk contoh2 hasil kerja beliau, sila lihat website dia kat http://kukubesi.com

Ini juga adalah pengalaman yang sangat berharga buat aku. Terima kasih kepada pasangan pengantin ini. Aku dapat lihat secara ‘live’ aksi hebat seorang otai. Kagum kejap tgk dia bekerja, selamat aku sedar kembali dan terus buat keje gak. Hehe. Dan ini juga adalah pertama kali aku amik gamba dengan melibatkan 2 orang OP. Oleh itu, pasangan pengantin pun mencadangkan kami buat dua sesi outdoor. Aku pun okay je. Aku set dgn pasangan pengantin, sesi outdoor akan dibuat lepas nikah.

Tapi masa lepas nikah, hujan turun tak berhenti2 sampai dah lewat. Jadi, aku postpone sesi outdoor kepada hari esoknya. Kuku Besi buat outdoor berhampiran rumah mereka tapi giler best tempat tu. Aku plak outdoor waktu malam kat Putrajaya. Aku tak kisah waktu malam pun janji dapat gamba mereka dan pengantin tak rasa penat dan tiada halangan. Janji enjoy eh?  =) Aku kenal pasangan pengantin ni pun melalui forum yang terkenal kat Malaysia ni. Membe2 forum.

Pasangan pengantin ni memang ‘cool’ habis…dan sangat2 sporting. Mazlan ni, sblm nak nikah aku tgk dia bukan main relax je. Tak berdebar2 langsung. Muka leh senyum lagi…buat2 memek muka. Tapi lepas akad nikah, dah susah plak nak senyum. Hehe. Siap mengadu pening katanya. Aku ingatkan dia terasa beban dah bila sah je akad nikah dia. Rupanya aku tengok si Mazlan ni agak terharu bila dah lepas akad nikah, terus dia terbayangkan sejak mereka mula mengenali masa kat Melaka dulu dgn pelbagai halangan dan dugaan hinggalah tercapai impian masing2 untuk ke pelamin. Macam mana aku tahu eh? Aku mmg suka tanya pasangan baru kawin ni..macam mana mereka mula kenal.

Oklah tu, Linda dan Mazlan…semoga korang melayari bahtera ini bersama2 eh. Kemudi bersama2…jangan curi tulang. Hehe. Semoga kebahagian yang korang miliki sekarang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga bertemu kembali di Syurga. Amin! Thanks kepada mereka yang rajin mengikuti blog Yon ni..Cherio!  =)

Wedding December 25th 2009

Tutorial 1: Bagaimana nak terbangkan layah pengantin tanpa angin?

6 Comments »

Pertama sekali, aku nak berkata sepatah dua kata dulu sebelum memulakan tutorial ini. Ini adalah tutorial pertama kali yang aku pernah buat. Bukan nak kata aku ni power atau dah lama dalam bidang fotografi ini. Tapi niat aku hanyalah nak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Sebab ada yang tertanya-tanya bagaimana layah tu jadi camtu (seperti gambar di bawah)..padahal takde angin. Layah atau dalam bahasa mat saleh dipanggil ‘veil’, memerlukan orang ke-3 untuk menjadikan seperti gambar di bawah. Untuk foto ini, aku mengucapkan terima kasih kepada Alice, best friend kepada Jo@Suriati ini. Alice ni juga adalah pengapit pengantin perempuan, Jo@Suriati. Tapi agak lawak sikit gambar tutorial ini. Aku tak salahkan korang kalu korang gelak-gelak terkekeh2. Sorry Alice.  :P

1. Okey, mula-mula sekali..orang ke-3 iaitu bernama Alice dalam gambar ini..memerlukan dia untuk memegang layah dihujung. Alice perlu mengangkat tinggi-tinggi lace tersebut dan menunggu isyarat jurugambar untuk melepaskan layah tersebut. (mmg perlu ayat skema ke mengarang tutorial? hehe).

2. Lepas tu suruh Alice tu lepaskan. Antara suruh dia lepaskan sambil lambung atau lepaskan sahaja camtu. Tapi jangan lambung secara kuat.

3. Jangan lupa! Jangan lupa suruh orang ke-3 kamu tu berlari cepat2 keluar dari frame gambar anda. Biasanya memamg kena buat percubaan kali ke-2 atau lebih baru leh dpt.

4. Jika tak, nanti orang ke-3 atau pembantu kamu akan lepak berdiri je kat situ. macam gamba di atas bawah ni. Tak boleh salahkan dia gak, sebab jurugambar tak beri arahan selengkapnya. hehe. (lawak la Alice ni…such a happy girl. hehe)

5. Tips yang terakhir, anda boleh lah cuba dgn menggunakan continuous shutter atau pun jika anda dah tau masa bila perlu dipetik shutter itu, pun boleh juga. Tapi pastikan bila arahan diberi untuk lepaskan layah itu, anda jangan terus petik. Sebab masa baru dilepaskan layah itu, layah tu tak nampak semulajadi seperti ditiup angin. Tapi nampak keras. Jadi biarkan pada saat 1-2 untuk petik shutter selepas dilepaskan layah tersebut. Atau cara paling mudah, continuous shutter je. (thanks again to Alice)

6. Akhir sekali, bila dah pilih gambar yang terbaik layahnya..buat la sedikit PP (post processing). Kalu tak PP pun takpe..sbb dah cun. hehe. Sekian, semoga kita berjumpa lagi di lain tutorial. Selamat mencuba!

Tutorial December 22nd 2009

The Solemnisation of Zura & Zimie

4 Comments »

BANDAR BARU BANGI: Alhamdulillah, kali ni dapat kat area Bangi gak. Kali majlis pernikahan dan perkahwinan ini ada sedikit perbezaan. Nak tau apa dia? Suami Zura ni, adalah seorang saudara baru…Zimie namanya. Tak pasti plak tahun bila dia memeluk Islam. Tapi aku nak ucapkan selamat datang dan tak juga ucapan Selamat Pengantin Baru. Zimie ni adalah berbangsa Cina dari Sarawak. Selidik punye selidik, mereka ni berkenalan sewaktu belajar di IPT dulu. Zura ni bekerja kat klinik pergigian swasta…yang dekat je dengan rumahnya di Seksyen 17. Zimie ni plak tinggal di Kajang. Dia ada keluarga angkat di Semenanjung ni.

Aku ucapkan pada korang berdoa SELAMAT PENGANTIN BARU  dan semoga korang berbahagia dan bersama2 melayari bahtera kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa. Jangan buli membuli ye. Hehe. Cherio!

Wedding December 15th 2009

The Wedding of Saiful & Hajar

No Comments »

BANDAR BARU BANGI: Kali ni aku dapat job dari Norhayati Dahalin, mak andam dari Desa Pinggiran Putra yang sangat2 berhampiran dengan Putrajaya tu. Sebenarnya, yang kahwin ni ialah adik kepada mak andam ni. Hehe. Saiful namanya..berlangsung kat Seksyen 16. Pasangannya pula ialah dari Sentul. Dengar cerita outdoor mereka kat Sentul sampai masuk ladang pokok pisang dan tebu. Hehe. Pasti mantap!

Apa2 pun kawan2 sekalian, enjoy dulu gambar2 yang tak seberapa banyak sangat ni.  Selamat pengantin baru Saiful dan Hajar..Cherio!

Wedding December 15th 2009

Ilhan is 7

4 Comments »

KLANG: Kini genaplah Ilhan berumur 7 tahun, pada 29/11/09. Parti ni bertempat di Botanic Resort Club. Dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi yang terbesar di Asia tu. Ermm..ada satu benda yang Uncle Yon lupa nak bgtau kat Ilhan tau..yg Uncle pun lahir pada bulan yang sama macam Ilhan gak. Tau tak..mereka yang lahir bulan 11 ni kreatif2 dan baik hati macam Ilhan tau ;) Selamat hari jadi Ilhan! Dah habis buka dah semua hadiah2? Hehe. I hope you and your family enjoy the party very much. Thanks to Dr Badrul Hisham and wife for inviting us to capture the moment. And also not to forget, Dr Badrul’s sister, Ana Rusly for promoting my work to him. Thanks also to all the family members and guests. You guys rock! :)

Jadi, di atas permintaan doktor-doktor dan isteri mereka..saya letakkan la dulu beberapa gambar untuk tatapan awal dahulu eh. Selebihnya nanti leh la singgah2 kat rumah Dr. Badrul (bila album dah siap ye..hehe) utk tgk album sambutan harijadi anak mereka, Ilhan. Cherio!

Birthday Party December 1st 2009

The Solemnisation of Ikin & Naim

No Comments »

KUALA LUMPUR: Tahniah kepada kamu berdua, Ikin dan Naim. Majlis sebelah perempuan dah pun selesai pada 21 November 2009. Majlis ni bertempat di Dewan Yayasan Pendidikan Cheras. Lepas ni kita berjumpa di majlis sebelah lelaki pula yea. Semoga lepas ni timang anak la pula lagi 9 bulan. hehe. Aku tak nak cerita panjang lebar sbb kali ni tak sempat nak post byk2 gambar..korang layan la dulu gamba mereka ni eh. Cherio!

YON_7411 copy

Wedding November 28th 2009

The Solemnisation of Suriati & Adrin | Part II

No Comments »

Wedding November 28th 2009