CHERAS - ‘Wedding’ kali merupakan hari yang paling bertuah buat aku dan terutama sekali kepada pengantin. Sebab apa eh? Sebab pasangan pengantin ini dapat dua Official Photographer (OP). Aku, Yon Photography dan Kuku Besi. Bagi mereka yang tidak mengenali lagi Kuku Besi, dia adalah jurugambar dan pereka grafik berpengalaman selama hampir 13 tahun. Gambar2 hasil beliau adalah ‘Photografik’. Nak tgk contoh2 hasil kerja beliau, sila lihat website dia kat http://kukubesi.com
Ini juga adalah pengalaman yang sangat berharga buat aku. Terima kasih kepada pasangan pengantin ini. Aku dapat lihat secara ‘live’ aksi hebat seorang otai. Kagum kejap tgk dia bekerja, selamat aku sedar kembali dan terus buat keje gak. Hehe. Dan ini juga adalah pertama kali aku amik gamba dengan melibatkan 2 orang OP. Oleh itu, pasangan pengantin pun mencadangkan kami buat dua sesi outdoor. Aku pun okay je. Aku set dgn pasangan pengantin, sesi outdoor akan dibuat lepas nikah.
Tapi masa lepas nikah, hujan turun tak berhenti2 sampai dah lewat. Jadi, aku postpone sesi outdoor kepada hari esoknya. Kuku Besi buat outdoor berhampiran rumah mereka tapi giler best tempat tu. Aku plak outdoor waktu malam kat Putrajaya. Aku tak kisah waktu malam pun janji dapat gamba mereka dan pengantin tak rasa penat dan tiada halangan. Janji enjoy eh? =) Aku kenal pasangan pengantin ni pun melalui forum yang terkenal kat Malaysia ni. Membe2 forum.
Pasangan pengantin ni memang ‘cool’ habis…dan sangat2 sporting. Mazlan ni, sblm nak nikah aku tgk dia bukan main relax je. Tak berdebar2 langsung. Muka leh senyum lagi…buat2 memek muka. Tapi lepas akad nikah, dah susah plak nak senyum. Hehe. Siap mengadu pening katanya. Aku ingatkan dia terasa beban dah bila sah je akad nikah dia. Rupanya aku tengok si Mazlan ni agak terharu bila dah lepas akad nikah, terus dia terbayangkan sejak mereka mula mengenali masa kat Melaka dulu dgn pelbagai halangan dan dugaan hinggalah tercapai impian masing2 untuk ke pelamin. Macam mana aku tahu eh? Aku mmg suka tanya pasangan baru kawin ni..macam mana mereka mula kenal.
Oklah tu, Linda dan Mazlan…semoga korang melayari bahtera ini bersama2 eh. Kemudi bersama2…jangan curi tulang. Hehe. Semoga kebahagian yang korang miliki sekarang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga bertemu kembali di Syurga. Amin! Thanks kepada mereka yang rajin mengikuti blog Yon ni..Cherio! =)








January 13th, 2010 at 7:55 am
syukur alhamdulillah arini da 27 hari mlayar bahtera besame kekasih hati..=)
January 13th, 2010 at 5:39 pm
So sweet…
January 17th, 2010 at 12:49 am
Thanks Azreena. Teruskan mengikuti blog sy yg tak seberapa ni eh.
January 17th, 2010 at 12:51 am
Alhamdulillah…semoga Allah sentiasa memberkati perhubungan kamu berdua. Jgn wujudkan perasaan bosan dlm perhubungan yea. Jgn lupa tambah anak kapal kat bahtera tu..baru laju sikit berlayar.
January 18th, 2010 at 2:48 pm
nice….ada diskaun x luar klang valley? hihi
January 19th, 2010 at 3:15 am
Thanks niti.
Niti dari mana?
Sorry, buat masa ni blum ada lagi offer diskaun.
Nanti kalu ada, sy inform kat dlm blog ni eh.
InsyaAllah.
January 20th, 2010 at 12:19 pm
Azreena,ex-STAR Klang ke ni? Majlis Reena nnt bole dptkn sevis Mr Yon ni.Really recommended!
January 20th, 2010 at 12:26 pm
Hometown Niti d Merapoh,Pahang. Byk flora & fauna semulejadi yg asli. Niti xyah tggu diskaun pon xpe dari Mr Yon ni coz pricing dia less than Mr KB or Mr ManGoTouch huhu =)
January 21st, 2010 at 3:39 pm
Wow! Tak penah sampai lagi kat Merapoh tu. Flora & Fauna semulajadi…sgt2 menarik tu.
January 21st, 2010 at 3:39 pm
Thanks Linda
January 25th, 2010 at 2:36 pm
hehehe..sori lambat update..kalu nk gi pnjt gunung tahan..lalu kg saya ler…boleh kasi quotation kat saya tak? emel kat gmail sy..nittrell@gmail.com
Tengkiuu
February 5th, 2010 at 1:17 pm
Yup kak Linda…InsyaAllah.
February 5th, 2010 at 11:22 pm
Sorry ye lambat reply gak. Ermm..dah anta quotation kat emel awk. Thanks too.
March 22nd, 2010 at 4:40 pm
tahniah kerana dah melangsungkan perkahwinan ngan mazlan…linda mybe xkenal saya but saya kenal sgt ngan hubby you yg baik saya dulu classmate mazlan so,sent regards to mazlan.kalau xbusy pls open F/Book.k u all smoga bahagia sehingga ke anak cucu.
April 2nd, 2010 at 2:29 pm
Cantiknya…
April 4th, 2010 at 3:19 pm
Thanks cik Hanim
June 14th, 2010 at 9:08 am
thx..knal zai..dulu lan ade bwk ms wedd zai dulu..best dpt tgk pemandangan sawah padi yg mhijau hee =)