Pertama sekali, aku nak berkata sepatah dua kata dulu sebelum memulakan tutorial ini. Ini adalah tutorial pertama kali yang aku pernah buat. Bukan nak kata aku ni power atau dah lama dalam bidang fotografi ini. Tapi niat aku hanyalah nak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Sebab ada yang tertanya-tanya bagaimana layah tu jadi camtu (seperti gambar di bawah)..padahal takde angin. Layah atau dalam bahasa mat saleh dipanggil ‘veil’, memerlukan orang ke-3 untuk menjadikan seperti gambar di bawah. Untuk foto ini, aku mengucapkan terima kasih kepada Alice, best friend kepada Jo@Suriati ini. Alice ni juga adalah pengapit pengantin perempuan, Jo@Suriati. Tapi agak lawak sikit gambar tutorial ini. Aku tak salahkan korang kalu korang gelak-gelak terkekeh2. Sorry Alice.

1. Okey, mula-mula sekali..orang ke-3 iaitu bernama Alice dalam gambar ini..memerlukan dia untuk memegang layah dihujung. Alice perlu mengangkat tinggi-tinggi lace tersebut dan menunggu isyarat jurugambar untuk melepaskan layah tersebut. (mmg perlu ayat skema ke mengarang tutorial? hehe).

2. Lepas tu suruh Alice tu lepaskan. Antara suruh dia lepaskan sambil lambung atau lepaskan sahaja camtu. Tapi jangan lambung secara kuat.

3. Jangan lupa! Jangan lupa suruh orang ke-3 kamu tu berlari cepat2 keluar dari frame gambar anda. Biasanya memamg kena buat percubaan kali ke-2 atau lebih baru leh dpt.

4. Jika tak, nanti orang ke-3 atau pembantu kamu akan lepak berdiri je kat situ. macam gamba di atas bawah ni. Tak boleh salahkan dia gak, sebab jurugambar tak beri arahan selengkapnya. hehe. (lawak la Alice ni…such a happy girl. hehe)

5. Tips yang terakhir, anda boleh lah cuba dgn menggunakan continuous shutter atau pun jika anda dah tau masa bila perlu dipetik shutter itu, pun boleh juga. Tapi pastikan bila arahan diberi untuk lepaskan layah itu, anda jangan terus petik. Sebab masa baru dilepaskan layah itu, layah tu tak nampak semulajadi seperti ditiup angin. Tapi nampak keras. Jadi biarkan pada saat 1-2 untuk petik shutter selepas dilepaskan layah tersebut. Atau cara paling mudah, continuous shutter je. (thanks again to Alice)

6. Akhir sekali, bila dah pilih gambar yang terbaik layahnya..buat la sedikit PP (post processing). Kalu tak PP pun takpe..sbb dah cun. hehe. Sekian, semoga kita berjumpa lagi di lain tutorial. Selamat mencuba!

December 22nd, 2009 at 12:46 pm
Nice sharing yon
gambar in the making pon best, due to pembantu pnya exciting face :p
December 23rd, 2009 at 4:27 pm
adeh sakitnyer pewot aku….
gelak guling2 tak bley tahan dah..
January 5th, 2010 at 7:21 pm
great tips yon…aku dpt belajar sesuatu hari ni…tq
January 16th, 2010 at 4:36 am
nnt time aku kawen ko kena bwk alice nie…
cnfirm xde owg ley lari selaju dia…
haha
January 17th, 2010 at 12:49 am
Alice ada tambah tips lagi sbnrnye. Masa nak tolong ni..jgn guna high heel dan make sure lantai tak licin. Hehe. Aah…laju la gak alice ni tp kadang2 dia lupa yg dia kena lari. hehe. jgn marah eh alice.
January 17th, 2010 at 12:52 am
Thanks Chot. Sharing is caring kan? hehe.