The Wedding of Anuar & Tsarsiah

No Comments »

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang bahagia ini. Majlis persandingan dimulakan oleh pihak lelaki dahulu kerana isterinya berasal dari Jakarta. Ahad ni baru la bermula majlis sebelah perempuan. Banyak2 pasangan yang aku suka interview bagaimana mereka boleh berjumpa jodoh..pasangan ini lah paling sempoi sekali cara pertemuan. Aku sendiri tak berani buat macam ko lagi Anuar. Semoga korang berdua berkekalan sehingga ke anak cucu dan ke hujung nyawa. Amin! :)

Location: Taman Medan, Petaling Jaya

Wedding February 19th 2010

The Solemnization of Hajar & Haris

No Comments »

Wah, agak lama aku tak kemaskini blog ni. Minta maaf la kepada kawan2 yang tertanya-tanya bila la Yon ni nak masukkan entri terbaru. Ok, tanpa membuang masa lagi, aku buka entri terbaru sebelum bulan Februari ni abis tanpa entri langsung.

Okey, kali ni aku dapat tugasan untuk merakam gambar-gambar perjalanan majlis pernikahan buat pasanagan Hajar & Haris. Majlis ni bertempat di Masjid Jameq Puchong. Majlis berlangsung pada 22 Jan 2010. Akad nikah ni kiranya berlangsung waktu malam la. Pergh…agak mencabar gak la bila amik gamba waktu malam. Gambar takkan menjadi kalau tak ada cahaya. Sebab kamera kerjanya menangkap cahaya.  ;) Tapi ini satu cabaran yang aku suka sahut. Hehe.

Dalam majlis pernikahan ni, mmg agak sempoi dan ada kelainannya. Tok Kadi kali ni memang berjaya membuatkan pasangan dan mereka-mereka yang turut hadir merasai majlis yang penuh suci ini. Aku rasa tak pernah lagi Tok Kadi berjaya membuatkan pengantin lelaki sebak. Macam pakar motivasi pun ada Tok Kadi ni. Mungkin freelance dia kot. Sebelum nak akad nikah, Tok Kadi minta bakal pengantin ni untuk memohon maaf pada kedua-dua orang tua dahulu. Sebab majlis pernikahan yang bakal berlangsung ni mendapat restu dan keizinan dari mereka. Lps akad nikah, time nak baca hak perempuan pun dia mmg tekankan supaya perempuan ambil tahu.

Cukuplah tu aku berceloteh sorang-sorang. Jap lagi nak masukkan entri lain lagi sebelum tidur. Jadi, ni la beberapa keping gambar yang di ‘up’ untuk korang tengok. Sikit je kali ni sebab pengantin tak bagi buh byk2. ;)

Layan dulu eh..cherio!

Wedding February 19th 2010