Kuala Lumpur: Kali ini aku mendapat tugasan untuk merakamkan majlis bertandang bagi pasangan yg bagai pinang dibelah dua ini, Alif dan Leonora. Alif ni duduk kat Kelana Jaya. Manakala Leonora ni asal dari Kelantan. Al-kisahnya, mereka ni dulu study kat satu IPTA dan duduk satu kolej yang sama. Tetapi cinta mereka bukannya berputik di zaman belajar dulu..tp sewaktu masuk ke alam pekerjaan. Itu lah dia..JODOH. Sembang punye sembang dengan kapel ni..rupa2nya Leonora tu ialah senior aku kat kolej hostel kita org. Tapi aku mmg tak dapat nak cam, mana satu Leonora ni. Rupa2nya Leonora ni dah mengalami perubahan yg sangat besar skang. Dia dah berjaya menurunkan berat badan dia. Wow!!! Aku sangat kagum dan ‘admire’ cara dia buat untuk turunkan berat badan. Oleh itu, dengan rasminya aku pun nak gak turunkan berat badan ni. Nak kasi badan sihat dan elakkan penyakit. Hehe. Aku skang dah elakkan makan nasi, berenang dan kerap makan tp kuantiti sikit.
Kepada pasangan Alif dan Leonora, aku doakan kebahagian korang akan berterusan hingga ke hujung nyawa. Bila dah dapat anak nanti, jangan lupa ajak sy dengan Faisal eh. Nak rasa lagi masakan korang…sedap giler pasta dan air punch korang buat. Huhu…Selamat menyambut bulan Ramadhan bersama orang baru ye.








Event, Wedding August 6th 2010

open book wedding 2010..
http://yonphoto.com/blog
yon.photography@gmail.com
+60182250208
ACARA: Gathering Ex-Sek Men Bdr. Baru Bangi
LOKASI: Kelab Tasik Putrajaya
TARIKH: 31.12.09






KUALA LUMPUR: Minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri salah satu pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen yang terkenal dari tanah air kita, Dato’ Bernard Chandran. Pertunjukkan ini bertempat di Pavilion, Bukit Bintang sempena Malaysia International Fashion Week (M-IFW) yang bermula dari 04/11-08/11. Aku sampai di Pavilion bersama rakan seperjuangan aku, Rahmat Hamid lebih kurang pukul 08.15pm. Agak susah juga nak mencari parking di dalam Pavilion masa tu sehingga terpaksa kami turun hingga ke tingkat yang paling bawah. Ramai betul orang yang datang berkunjung ke Pavilion ini. Ada orang kata Pavilion ini hanyalah tempat untuk orang2 kaya je. Tapi tak salah kalu orang kampung macam aku ni datang kan? hehe.
Bila sampai saje ke tempat pertunjukan MIFA itu, aku tengok langsung aku takkan berpeluang untuk mendapatkan gambar dari sudut yang terbaik sebab kawasan sudut yang terbaik itu hanyalah untuk mereka yang ada kad jemputan atau pas media. Kemudian aku cuba mencari2 kalu ada kawan Facebook aku kat situ. Nama FB dia ialah Sabrina..dan aku hanya baru tahu yang dia bekerja dengan Dato’ Bernard Chandran ini. Jadi, atas arahan bos dia yang dia perlu datang ke MIFA ini. Aku lak cuba2 cari kot2 leh dapat ‘candid shoot’ dia. Haha. Tapi tak nampak pun batang hidung dia lagi. Antara orang yang terkenal berada kat MIFA itu ialah Angkasawan pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar (berkot putih).

Tunggu punya tunggu, acara ‘runaway’ belum bermula lagi. Aku tahu kawan aku, Rahmat ni sebelum bertolak lagi dah tanya fasal makan. Konfem la dia tgh lapar. Jadi aku pun ingatkan dia balik tentang makan malam. Sekali tengok, mmg betul pun dia tengah lapar. Kesian, aku hanya melambat2kan waktu makan malam dia je. Jadi, terus kita orang pergi cari kedai mamak je kat belakang Starhill. Masa ni pula ada pertandingan bola akhir antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Habis je kami makan, terus gerak nak balik rumah. Masa nak balik tu, baru je bermula separuh masa ke-dua. Paling mengejutkan aku ialah gol ke-2 oleh Negeri Sembilan dihasilkan tidak sampai setengah minit. Pergh!!! Hebat! Ini menjadikan mereka mendahului Kelantan dengan 2-0. (keputusan akhir ialah N9 menang dengan 3-1).
Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, kami kena lalui semula di MIFA tadi. ‘Just at the right time’. Pertunjukkan fesyen Dato’ Bernard Chandran baru je bermula. Terus aku kuarkan sniper aku, shoot setiap hasil rekaan fesyen beliau. Puas hati aku, datang ke Pavilion masih berbaloi. Syukur. Inilah antara hasil gambar yang aku sempat tangkap. Masa ini aku ambil gambar dari tingkat atas.













Sweet kan? Dia siap keluar dan dukung anak perempuan dia. Dia angkat anak dia kat tepi stage tu. Lepas tengok Dato’ Bernard Chandran keluar, terus membe aku cakap kat aku “Aku nak jadi macam dia lah.” Hehe.
Yon Bakar | Create Your Badge


Sesiapa yang duduk KL dan ingin melihat sawah padi yang paling dekat, Sekinchan la jawabnya. Outing kali ni aku mmg tak bawa kamera digital aku. Lagipun, outing ni mmg tak plan langsung pun. Tau2 je membe aku Rahmat Hamid call, ajak aku kuar g tgk Sekinchan. Aku mmg time tu ada la bawa slr Canon EOS 300 kawan sekerja aku punye. Terus itu je yg aku gunakan. Ringan pun ringan. Otw nak sampai tu, aku beli filem Kodak Gold 200 kat 7-Eleven Sg Buluh. Pergh…ntah kenapa la perjalanan nak ke Sekinchan ni jauh betul. aku rasa nak dekat 3 jam kot drive campur dgn jammed lagi. Huhu. Satu lagi, aku pun silap..bawa membe aku ikut jalan biasa yg jammed dan lalu bandar Klang lak tu. wakaka. Sorry brader…gua lama tak pergi la. Tak teringat lak. Dah la time tu padi tgh menghijau cantik punye..Rahmat ni boleh lak pakai baju warna hijau gak. Langsung tak kontra dari padi. Hehe.


Siapa Rahmat Hamid ni? Dia ni aku kenal mula2 masa aku meniaga kat Downtown Cheras. Kiranye dia ni jiran aku la masa meniaga dulu…tahun 2007. Dengan dia la aku mula2 belajar apa itu dslr. Mula2 aku tgk je dia punye kamera. Kadang2 dia ada bawa ke Downtown, snap 2-3 keping. Ada la sekali aku jadi bahan ulangkaji panning dia..sbb masa tu dia baru habis kelas fotografi. Aku plak sedut ilmu dari dia. Thanks Rahmat, orang yang jenis tak kedekut ilmu dgn sesiapa pun. Mcm seorang abang dah dia ni pada aku. (Rahmat Hamid yang berbaju hijau di bawah ni)




Bila dah nampak je kelibat sawah padi kat Sekinchan tu..kawan aku ni bukan main happy. Aku pun tumpang happy gak sbb tgk dia happy. Macam tak penah tgk padi lak aku ni…padahal kampung nenek aku kat Kedah. Dekat je dgn sawah. Wakaka. Tp betul apa…mmg dah lama gak tak tgk padi menghijau. Dah la dah dekat 2 tahun tak balik Kedah…puasa n raya baru ni je baru balik. Masa raya aritu bendang dah lecak2 dah. Padi baru je kena tuai.


Jadi, turun je dari kereta terus je masuk kawasan sawah. Bini rahmat n 2 org anaknya duduk dalam kereta sbb anak2 dia dah tertido lak sblm sampai Sekinchan ni. Ermmm…baru je jejak ke dalam kawasan sawah, dah ada binatang yang berekor dan berlidah cabang dua menyambut kami berdua. Binatang apa? Biawak la…apa lagi. Tp biawak tu lari dulu la dari kami.
Membe aku dah cuak dah (aku pun sama)..wakaka. Dgn bismillahirrahmanirrahim…aku teruskan melangkah ke depan. Rahmat siap pesan jgn jalan jauh2 dari dia. Dua kawasan gak la kami meninjau kawasan sawah ni. Jumpa nenek memancing ikan puyu, ada burung pungguk sawah tengah tido kat pokok sawit, burung warna putih terbang2 (tak tau nama burung tu :P) dan macam2 la lagi. Mmg rasa seronok..tak rugi aku ikut Rahmat ni. Kat area Sekinchan ni pun ada Homestay kalu sesapa nak bermalam kat sini. Tapi kena book awal sbb pernah try book, tp penuh je. Dua tempat homestay pun penuh gak. Bila matahari dah tenggelam, baru la kami pun pulang. Kali ni aku dah tanya awal2 dah kat bekas pelajar praktikal tempat aku kerja, namanya Wan Nurul Shema atau nama panggilannya E. Dia bgtau aku jalan yg dekat nak ke Serdang ialah ikut ke arah Meru->Kapar->Setia Alam->terus masuk hiway. Thanks E!



Apa agaknye kamera slr (kamera filem) yang aku gunakan? Kali ni aku guna kamera slr Canon. (Tak semestinya Nikon user takleh gunakan Canon kan?) Gambar2 di atas adalah Negatived Scanned | Canon EOS 300 + 28-90mm ƒ4.0-5.6 | Kodak 200. Aku develop dan scan je kat Bintang Maju B.B. Bangi. Gambar2 ni mmg aku tak edit langsung pun. Dan mungkin juga ada yang tertanya2 apa itu slr? apa pula dslr? bezanya? Okeh, biar aku ceritakan. SLR maksudnya ‘Single Lens Reflex’. DSLR pula ialah ‘Digital Single Lens Reflex’. Jadi, apa beza? Bezanya SLR menggunakan medium filem dan DSLR menggunakan memori kad sbb digital kan. Itu secara ringkasnya la. Lebih detail, nak kena rujuk dgn otai2 la. Aku newbie je. Hehe. Happy viewing ok guys. Cherio!
Yon Bakar | Create Your Badge
