Alif + Leonora | Kuala Lumpur Wedding Photographer

No Comments »

Kuala Lumpur: Kali ini aku mendapat tugasan untuk merakamkan majlis bertandang bagi pasangan yg bagai pinang dibelah dua ini, Alif dan Leonora. Alif ni duduk kat Kelana Jaya. Manakala Leonora ni asal dari Kelantan. Al-kisahnya, mereka ni dulu study kat satu IPTA dan duduk satu kolej yang sama. Tetapi cinta mereka bukannya berputik di zaman belajar dulu..tp sewaktu masuk ke alam pekerjaan. Itu lah dia..JODOH. Sembang punye sembang dengan kapel ni..rupa2nya Leonora tu ialah senior aku kat kolej hostel kita org. Tapi aku mmg tak dapat nak cam, mana satu Leonora ni. Rupa2nya Leonora ni dah mengalami perubahan yg sangat besar skang. Dia dah berjaya menurunkan berat badan dia. Wow!!! Aku sangat kagum dan ‘admire’ cara dia buat untuk turunkan berat badan. Oleh itu, dengan rasminya aku pun nak gak turunkan berat badan ni. Nak kasi badan sihat dan elakkan penyakit. Hehe. Aku skang dah elakkan makan nasi, berenang dan kerap makan tp kuantiti sikit.

Kepada pasangan Alif dan Leonora, aku doakan kebahagian korang akan berterusan hingga ke hujung nyawa. Bila dah dapat anak nanti, jangan lupa ajak sy dengan Faisal eh. Nak rasa lagi masakan korang…sedap giler pasta dan air punch korang buat. Huhu…Selamat menyambut bulan Ramadhan bersama orang baru ye. :)


Event, Wedding August 6th 2010

Aaina + Tab | Perlis Wedding Photographer

No Comments »

PERLIS: Tab, atau nama penuhnya Tengku Ahmad Basri, pertama kali aku menegur dia dalam satu forum internet di Malaysia (macam aku duk oversea je cakap camni ;p ) Pertama kali kita orang bertemu kat Putrajaya utk aktiviti riadah forum internet. Sama2 waktu tu baru nak nak pegang kamera DSLR. Sama2 juga mula serius dgn kamera DSLR. Lagi gempaq, arwah ayah dia ada kamera oldskool..Zenit. Perghh!

Jadi, inilah dia gambar2 nikah kahwin one of my good friend (lahir pun sama bulan, umur je x sama). Aku ucapkan tahniah pada korang berdua. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa. Amin!





Tab+Aaina



Tab+Aaina






Portrait, Wedding April 5th 2010

WEDDING & PORTRAIT PHOTOGRAPHY FOR BOOKING

5 Comments »

open book wedding 2010..
http://yonphoto.com/blog
yon.photography@gmail.com
+60182250208

Event, Portrait, Pre-Wedding, Wedding March 23rd 2010

The Wedding of Anuar & Tsarsiah

No Comments »

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang bahagia ini. Majlis persandingan dimulakan oleh pihak lelaki dahulu kerana isterinya berasal dari Jakarta. Ahad ni baru la bermula majlis sebelah perempuan. Banyak2 pasangan yang aku suka interview bagaimana mereka boleh berjumpa jodoh..pasangan ini lah paling sempoi sekali cara pertemuan. Aku sendiri tak berani buat macam ko lagi Anuar. Semoga korang berdua berkekalan sehingga ke anak cucu dan ke hujung nyawa. Amin! :)

Location: Taman Medan, Petaling Jaya

Wedding February 19th 2010

The Solemnization of Hajar & Haris

No Comments »

Wah, agak lama aku tak kemaskini blog ni. Minta maaf la kepada kawan2 yang tertanya-tanya bila la Yon ni nak masukkan entri terbaru. Ok, tanpa membuang masa lagi, aku buka entri terbaru sebelum bulan Februari ni abis tanpa entri langsung.

Okey, kali ni aku dapat tugasan untuk merakam gambar-gambar perjalanan majlis pernikahan buat pasanagan Hajar & Haris. Majlis ni bertempat di Masjid Jameq Puchong. Majlis berlangsung pada 22 Jan 2010. Akad nikah ni kiranya berlangsung waktu malam la. Pergh…agak mencabar gak la bila amik gamba waktu malam. Gambar takkan menjadi kalau tak ada cahaya. Sebab kamera kerjanya menangkap cahaya.  ;) Tapi ini satu cabaran yang aku suka sahut. Hehe.

Dalam majlis pernikahan ni, mmg agak sempoi dan ada kelainannya. Tok Kadi kali ni memang berjaya membuatkan pasangan dan mereka-mereka yang turut hadir merasai majlis yang penuh suci ini. Aku rasa tak pernah lagi Tok Kadi berjaya membuatkan pengantin lelaki sebak. Macam pakar motivasi pun ada Tok Kadi ni. Mungkin freelance dia kot. Sebelum nak akad nikah, Tok Kadi minta bakal pengantin ni untuk memohon maaf pada kedua-dua orang tua dahulu. Sebab majlis pernikahan yang bakal berlangsung ni mendapat restu dan keizinan dari mereka. Lps akad nikah, time nak baca hak perempuan pun dia mmg tekankan supaya perempuan ambil tahu.

Cukuplah tu aku berceloteh sorang-sorang. Jap lagi nak masukkan entri lain lagi sebelum tidur. Jadi, ni la beberapa keping gambar yang di ‘up’ untuk korang tengok. Sikit je kali ni sebab pengantin tak bagi buh byk2. ;)

Layan dulu eh..cherio!

Wedding February 19th 2010

Majlis Bertandang Khairil Anwar & Siti Rohani

No Comments »

Tarikh: 27.12.2009

Lokasi: Bagan Datoh

Wedding January 6th 2010

Majlis Perkahwinan Siti Rohani & Khairil Anwar

No Comments »

Jobs yg aku dpt kali ini adalah daripada D’Martoza Photography .

Lokasi: Felda Behrang, Perak.

Wedding January 6th 2010

The Wedding of Linda & Mazlan | 1 Muharram 1431H

17 Comments »

CHERAS - ‘Wedding’ kali merupakan hari yang paling bertuah buat aku dan terutama sekali kepada pengantin. Sebab apa eh? Sebab pasangan pengantin ini dapat dua Official Photographer (OP). Aku, Yon Photography dan Kuku Besi. Bagi mereka yang tidak mengenali lagi Kuku Besi, dia adalah jurugambar dan pereka grafik berpengalaman selama hampir 13 tahun. Gambar2 hasil beliau adalah  ‘Photografik’. Nak tgk contoh2 hasil kerja beliau, sila lihat website dia kat http://kukubesi.com

Ini juga adalah pengalaman yang sangat berharga buat aku. Terima kasih kepada pasangan pengantin ini. Aku dapat lihat secara ‘live’ aksi hebat seorang otai. Kagum kejap tgk dia bekerja, selamat aku sedar kembali dan terus buat keje gak. Hehe. Dan ini juga adalah pertama kali aku amik gamba dengan melibatkan 2 orang OP. Oleh itu, pasangan pengantin pun mencadangkan kami buat dua sesi outdoor. Aku pun okay je. Aku set dgn pasangan pengantin, sesi outdoor akan dibuat lepas nikah.

Tapi masa lepas nikah, hujan turun tak berhenti2 sampai dah lewat. Jadi, aku postpone sesi outdoor kepada hari esoknya. Kuku Besi buat outdoor berhampiran rumah mereka tapi giler best tempat tu. Aku plak outdoor waktu malam kat Putrajaya. Aku tak kisah waktu malam pun janji dapat gamba mereka dan pengantin tak rasa penat dan tiada halangan. Janji enjoy eh?  =) Aku kenal pasangan pengantin ni pun melalui forum yang terkenal kat Malaysia ni. Membe2 forum.

Pasangan pengantin ni memang ‘cool’ habis…dan sangat2 sporting. Mazlan ni, sblm nak nikah aku tgk dia bukan main relax je. Tak berdebar2 langsung. Muka leh senyum lagi…buat2 memek muka. Tapi lepas akad nikah, dah susah plak nak senyum. Hehe. Siap mengadu pening katanya. Aku ingatkan dia terasa beban dah bila sah je akad nikah dia. Rupanya aku tengok si Mazlan ni agak terharu bila dah lepas akad nikah, terus dia terbayangkan sejak mereka mula mengenali masa kat Melaka dulu dgn pelbagai halangan dan dugaan hinggalah tercapai impian masing2 untuk ke pelamin. Macam mana aku tahu eh? Aku mmg suka tanya pasangan baru kawin ni..macam mana mereka mula kenal.

Oklah tu, Linda dan Mazlan…semoga korang melayari bahtera ini bersama2 eh. Kemudi bersama2…jangan curi tulang. Hehe. Semoga kebahagian yang korang miliki sekarang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga bertemu kembali di Syurga. Amin! Thanks kepada mereka yang rajin mengikuti blog Yon ni..Cherio!  =)

Wedding December 25th 2009

The Solemnisation of Zura & Zimie

4 Comments »

BANDAR BARU BANGI: Alhamdulillah, kali ni dapat kat area Bangi gak. Kali majlis pernikahan dan perkahwinan ini ada sedikit perbezaan. Nak tau apa dia? Suami Zura ni, adalah seorang saudara baru…Zimie namanya. Tak pasti plak tahun bila dia memeluk Islam. Tapi aku nak ucapkan selamat datang dan tak juga ucapan Selamat Pengantin Baru. Zimie ni adalah berbangsa Cina dari Sarawak. Selidik punye selidik, mereka ni berkenalan sewaktu belajar di IPT dulu. Zura ni bekerja kat klinik pergigian swasta…yang dekat je dengan rumahnya di Seksyen 17. Zimie ni plak tinggal di Kajang. Dia ada keluarga angkat di Semenanjung ni.

Aku ucapkan pada korang berdoa SELAMAT PENGANTIN BARU  dan semoga korang berbahagia dan bersama2 melayari bahtera kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa. Jangan buli membuli ye. Hehe. Cherio!

Wedding December 15th 2009

The Wedding of Saiful & Hajar

No Comments »

BANDAR BARU BANGI: Kali ni aku dapat job dari Norhayati Dahalin, mak andam dari Desa Pinggiran Putra yang sangat2 berhampiran dengan Putrajaya tu. Sebenarnya, yang kahwin ni ialah adik kepada mak andam ni. Hehe. Saiful namanya..berlangsung kat Seksyen 16. Pasangannya pula ialah dari Sentul. Dengar cerita outdoor mereka kat Sentul sampai masuk ladang pokok pisang dan tebu. Hehe. Pasti mantap!

Apa2 pun kawan2 sekalian, enjoy dulu gambar2 yang tak seberapa banyak sangat ni.  Selamat pengantin baru Saiful dan Hajar..Cherio!

Wedding December 15th 2009