The Wedding of Anuar & Tsarsiah

No Comments »

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang bahagia ini. Majlis persandingan dimulakan oleh pihak lelaki dahulu kerana isterinya berasal dari Jakarta. Ahad ni baru la bermula majlis sebelah perempuan. Banyak2 pasangan yang aku suka interview bagaimana mereka boleh berjumpa jodoh..pasangan ini lah paling sempoi sekali cara pertemuan. Aku sendiri tak berani buat macam ko lagi Anuar. Semoga korang berdua berkekalan sehingga ke anak cucu dan ke hujung nyawa. Amin! :)

Location: Taman Medan, Petaling Jaya

Uncategorized February 19th 2010

The Solemnization of Hajar & Haris

No Comments »

Wah, agak lama aku tak kemaskini blog ni. Minta maaf la kepada kawan2 yang tertanya-tanya bila la Yon ni nak masukkan entri terbaru. Ok, tanpa membuang masa lagi, aku buka entri terbaru sebelum bulan Februari ni abis tanpa entri langsung.

Okey, kali ni aku dapat tugasan untuk merakam gambar-gambar perjalanan majlis pernikahan buat pasanagan Hajar & Haris. Majlis ni bertempat di Masjid Jameq Puchong. Majlis berlangsung pada 22 Jan 2010. Akad nikah ni kiranya berlangsung waktu malam la. Pergh…agak mencabar gak la bila amik gamba waktu malam. Gambar takkan menjadi kalau tak ada cahaya. Sebab kamera kerjanya menangkap cahaya.  ;) Tapi ini satu cabaran yang aku suka sahut. Hehe.

Dalam majlis pernikahan ni, mmg agak sempoi dan ada kelainannya. Tok Kadi kali ni memang berjaya membuatkan pasangan dan mereka-mereka yang turut hadir merasai majlis yang penuh suci ini. Aku rasa tak pernah lagi Tok Kadi berjaya membuatkan pengantin lelaki sebak. Macam pakar motivasi pun ada Tok Kadi ni. Mungkin freelance dia kot. Sebelum nak akad nikah, Tok Kadi minta bakal pengantin ni untuk memohon maaf pada kedua-dua orang tua dahulu. Sebab majlis pernikahan yang bakal berlangsung ni mendapat restu dan keizinan dari mereka. Lps akad nikah, time nak baca hak perempuan pun dia mmg tekankan supaya perempuan ambil tahu.

Cukuplah tu aku berceloteh sorang-sorang. Jap lagi nak masukkan entri lain lagi sebelum tidur. Jadi, ni la beberapa keping gambar yang di ‘up’ untuk korang tengok. Sikit je kali ni sebab pengantin tak bagi buh byk2. ;)

Layan dulu eh..cherio!

Uncategorized February 19th 2010

Dhila & Friends Portrait

No Comments »

PUTRAJAYA | 01.01.2010 - Mereka ini semua adalah sahabat baik sewaktu belajar di UiTM dulu dan masih berkawan selama 10 tahun. Lepas 10 tahun, mereka berkumpul semula..dan hired Chot Touch utk shot. Aku pun dijemput oleh Chot. hehe. Thanks Chot. Ini adalah di antara gambar2 mereka yang aku shoot.

Portrait January 14th 2010

Portrait | Fatin

2 Comments »

Portrait January 6th 2010

Menjelang 2010

No Comments »

ACARA: Gathering Ex-Sek Men Bdr. Baru Bangi

LOKASI: Kelab Tasik Putrajaya

TARIKH: 31.12.09

Event January 6th 2010

Majlis Bertandang Khairil Anwar & Siti Rohani

No Comments »

Tarikh: 27.12.2009

Lokasi: Bagan Datoh

Wedding January 6th 2010

Majlis Perkahwinan Siti Rohani & Khairil Anwar

No Comments »

Jobs yg aku dpt kali ini adalah daripada D’Martoza Photography .

Lokasi: Felda Behrang, Perak.

Wedding January 6th 2010

Baby Photo | Zara Amanda

No Comments »

Babies and Kids January 6th 2010

The Wedding of Linda & Mazlan | 1 Muharram 1431H

13 Comments »

CHERAS - ‘Wedding’ kali merupakan hari yang paling bertuah buat aku dan terutama sekali kepada pengantin. Sebab apa eh? Sebab pasangan pengantin ini dapat dua Official Photographer (OP). Aku, Yon Photography dan Kuku Besi. Bagi mereka yang tidak mengenali lagi Kuku Besi, dia adalah jurugambar dan pereka grafik berpengalaman selama hampir 13 tahun. Gambar2 hasil beliau adalah  ‘Photografik’. Nak tgk contoh2 hasil kerja beliau, sila lihat website dia kat http://kukubesi.com

Ini juga adalah pengalaman yang sangat berharga buat aku. Terima kasih kepada pasangan pengantin ini. Aku dapat lihat secara ‘live’ aksi hebat seorang otai. Kagum kejap tgk dia bekerja, selamat aku sedar kembali dan terus buat keje gak. Hehe. Dan ini juga adalah pertama kali aku amik gamba dengan melibatkan 2 orang OP. Oleh itu, pasangan pengantin pun mencadangkan kami buat dua sesi outdoor. Aku pun okay je. Aku set dgn pasangan pengantin, sesi outdoor akan dibuat lepas nikah.

Tapi masa lepas nikah, hujan turun tak berhenti2 sampai dah lewat. Jadi, aku postpone sesi outdoor kepada hari esoknya. Kuku Besi buat outdoor berhampiran rumah mereka tapi giler best tempat tu. Aku plak outdoor waktu malam kat Putrajaya. Aku tak kisah waktu malam pun janji dapat gamba mereka dan pengantin tak rasa penat dan tiada halangan. Janji enjoy eh?  =) Aku kenal pasangan pengantin ni pun melalui forum yang terkenal kat Malaysia ni. Membe2 forum.

Pasangan pengantin ni memang ‘cool’ habis…dan sangat2 sporting. Mazlan ni, sblm nak nikah aku tgk dia bukan main relax je. Tak berdebar2 langsung. Muka leh senyum lagi…buat2 memek muka. Tapi lepas akad nikah, dah susah plak nak senyum. Hehe. Siap mengadu pening katanya. Aku ingatkan dia terasa beban dah bila sah je akad nikah dia. Rupanya aku tengok si Mazlan ni agak terharu bila dah lepas akad nikah, terus dia terbayangkan sejak mereka mula mengenali masa kat Melaka dulu dgn pelbagai halangan dan dugaan hinggalah tercapai impian masing2 untuk ke pelamin. Macam mana aku tahu eh? Aku mmg suka tanya pasangan baru kawin ni..macam mana mereka mula kenal.

Oklah tu, Linda dan Mazlan…semoga korang melayari bahtera ini bersama2 eh. Kemudi bersama2…jangan curi tulang. Hehe. Semoga kebahagian yang korang miliki sekarang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga bertemu kembali di Syurga. Amin! Thanks kepada mereka yang rajin mengikuti blog Yon ni..Cherio!  =)

Wedding December 25th 2009

Tutorial 1: Bagaimana nak terbangkan layah pengantin tanpa angin?

6 Comments »

Pertama sekali, aku nak berkata sepatah dua kata dulu sebelum memulakan tutorial ini. Ini adalah tutorial pertama kali yang aku pernah buat. Bukan nak kata aku ni power atau dah lama dalam bidang fotografi ini. Tapi niat aku hanyalah nak berkongsi dengan kawan-kawan semua. Sebab ada yang tertanya-tanya bagaimana layah tu jadi camtu (seperti gambar di bawah)..padahal takde angin. Layah atau dalam bahasa mat saleh dipanggil ‘veil’, memerlukan orang ke-3 untuk menjadikan seperti gambar di bawah. Untuk foto ini, aku mengucapkan terima kasih kepada Alice, best friend kepada Jo@Suriati ini. Alice ni juga adalah pengapit pengantin perempuan, Jo@Suriati. Tapi agak lawak sikit gambar tutorial ini. Aku tak salahkan korang kalu korang gelak-gelak terkekeh2. Sorry Alice.  :P

1. Okey, mula-mula sekali..orang ke-3 iaitu bernama Alice dalam gambar ini..memerlukan dia untuk memegang layah dihujung. Alice perlu mengangkat tinggi-tinggi lace tersebut dan menunggu isyarat jurugambar untuk melepaskan layah tersebut. (mmg perlu ayat skema ke mengarang tutorial? hehe).

2. Lepas tu suruh Alice tu lepaskan. Antara suruh dia lepaskan sambil lambung atau lepaskan sahaja camtu. Tapi jangan lambung secara kuat.

3. Jangan lupa! Jangan lupa suruh orang ke-3 kamu tu berlari cepat2 keluar dari frame gambar anda. Biasanya memamg kena buat percubaan kali ke-2 atau lebih baru leh dpt.

4. Jika tak, nanti orang ke-3 atau pembantu kamu akan lepak berdiri je kat situ. macam gamba di atas bawah ni. Tak boleh salahkan dia gak, sebab jurugambar tak beri arahan selengkapnya. hehe. (lawak la Alice ni…such a happy girl. hehe)

5. Tips yang terakhir, anda boleh lah cuba dgn menggunakan continuous shutter atau pun jika anda dah tau masa bila perlu dipetik shutter itu, pun boleh juga. Tapi pastikan bila arahan diberi untuk lepaskan layah itu, anda jangan terus petik. Sebab masa baru dilepaskan layah itu, layah tu tak nampak semulajadi seperti ditiup angin. Tapi nampak keras. Jadi biarkan pada saat 1-2 untuk petik shutter selepas dilepaskan layah tersebut. Atau cara paling mudah, continuous shutter je. (thanks again to Alice)

6. Akhir sekali, bila dah pilih gambar yang terbaik layahnya..buat la sedikit PP (post processing). Kalu tak PP pun takpe..sbb dah cun. hehe. Sekian, semoga kita berjumpa lagi di lain tutorial. Selamat mencuba!

Tutorial December 22nd 2009